Sunday, July 26, 2009

OnCe Upon A TiMe



Oktober 2004.

Tatkala dalam perjalanan menyerah borang percalonan diri untuk menyertai kesatuan pelajar, lagu Destinasi Cinta berkumandang dan di saat itu pipiku terasa basah akibat titisan tangisan sedih.

Ini adalah tahun pertamaku dan semester dua apabila senior memilihku untuk bertanding dalam Majlis Perwakilan Pelajar. Mereka memintaku untuk membuat suatu pergorbanan yang amat berat sekali. Sebelum ini, diri ini pernah tercicir dalam pengajian dimana tidak dapat meneruskan pengajian di sebuah IPTA kerana subjek akedemik yang terlalu berat( satu semester kami mengambil 24 jam kreadit ).

Dengan pertolongan Allah dan sahabat, kami menang walaupun golongan minoriti tetapi terpilih untuk berada dalam pimpinan tertinggi kampus.

Lagi besar amanah lagi besar cubaaan yang menimpa dan menguji keimanan.

Pada waktu itu, matlamat kami adalah satu untuk memperjuangkan kebajikan pelajar.

Dengan peranan aktif semua perwakilan, jentera pelajar digerakkan di setiap penginapan. Usaha ini untuk membantah tindakan pengurusan kampus untuk menaikkan harga penginapan kepada RM 280.

Strategi demi strategi dirancang, dengan bermain tipu-helah dengan HEP, satu lawatan kehormat dibuat ke atas Chairman Board Of Director TNB, Tan Sri Leo Moggie ketika itu.



Kami diraikan di bilik mesyuarat khas Board Of Director dengan Tan Sri mempengerusikan majlis itu. Sungguh mewah bilik tersebut sehinggakan mejanya mesyuarat tersebut diperbuat dengan kayu yang cantik berkualiti dan dihiasi dengan "leather"...( out of imigination unless you see it for your self).

Setelah kata-kata pembukaan dibuat, Tan Sri memberi peluang kepada Presiden kami untuk berkata-kata =).

Peluang itu direbut, sehabis sahaja kata-kata penghargaan, Presiden dan timbalannya( saya) menyerahkan memorandum dan diikuti dengan presentasi kami akan permasalahan kebajikan pelajar di kampus.

Wakil HEP tercengang akan tindakan kami yang sama sekali tidak disangka itu.

Memorandum tersebut sungguh teliti dan disempurnakan dengan statistik kepuasan akan perkhidmatan universiti. Statistik itu tidak akan berjaya tanpa sokongan dan penglibatan semua pelajar.



Barangkali itu saat paling gemilangku ketika di kampus. Harga penginapan kemudian dinaikan hanya lima ringgit sahaja dan isu itu adalah suatu kemenangan hak pelajar dengan janji pihak pengurusan untuk memberi perkhimatan akan datang yang lebih baik.

Counting Days....

"Taiping full tapi Terengganu available."

TMTC Terengganu atau Telekom Malaysia Training Centre terletak di Rusila.

Hari hari kedua kursus di sini. Modul pertama adalah teori dan pemasangan infra komunikasi copper. Hmmm... sungguh old school. Kami belajar secara hands on menggunakan peralatan 20 tahun dahulu. Alasannya asas. Seperti di bengkel kemahiran hidup, peralatan dari tukul hinggalah gergaji menjadi teman kami sepanjang modul.

Makan dan minum lima kali sehari... diet tidak akan berkesan disebabkan menu yang sungguh yum-yum. Nasi dagang, gulai darat, sup daging...hmm FANTASTIC!!!

p/s Still have 12 days.... I need to get out, maybe walking to the beach tommorrow.

Wednesday, July 22, 2009

Train The Trainer

"Susah dahulu nanti senang kemudian." kata bos.

Beliau merujuk akan keputusan menghantar kami ke Training Center di Taiping semula dan kursus tersebut akan berlangsung selama dua minggu tanpa henti.

Sebelum ini, kami baru sahaja pulang dari Taiping selama induksi staff baru TM.

Segala perancangan tergendala, sepatutnya hujung minggu ini akan berada di Kota Bharu tetapi apa boleh dibuat, sudah tugasan.

"Saya tidak kejam, kalau dah kritikal sangat, inform pada saya." tambah bos lagi.

Aaaargghhh!!!!!!!!!! jeritan batinku. ( In mute). Baru hari pertama, takkan dah nak minta pengecualian kursus.

Sesuatu yang boleh diikuti apabila dalam kursus yang lama sebegini kita harus relax n enjoy....

Buangkan mindset tamrin dimana kita takut dengan unsur-unsur torturing atau dera.( Walhal tujuannya adalah baik iaitu sebagai tarbiyyah jiwa kita).

Sebaliknya kita harus lebih bersedia dengan minda dan atitude kepada sebarang pembawakan urusetia dimana saya menjangka tidaklah seteruk tamrin- tamrin pimpinan.

Pengalaman sewaktu tamrin pimpinan seperti direndam dalam laut semalaman, tidak boleh mandi dan berus gigi selama seminggu, lemas di dalam kolam ikan adalah pengalaman yang pahit tetapi disertai dengan gelak ketawa apabila diceritakan semula.

Hmmm...semua yang kita rasai sewaktu di tamrin kesanya mula menampakan kesan dari sudut cara kita seperti dari disiplin masa sehingga kehendak kita menghidupkan jiwa dengan ibadah walaupun kita berjauhan dari jemaah... dan jangan lupa cari jemaah dimana kita berada.

p/s Jom kita usrah esok!!!! =)

Tuesday, July 21, 2009

Pemilik Cintaku



Buku ini ditulis Fatimah Syarha Nordin dimana beliau berkongsi pengalaman menemui jodohnya. Kisahnya bermula di kampus, dimana diapproach oleh muslimin-muslimin, namun demikian semua ditolak. Mungkin berbunyi sedikit agresif tetapi ustazah Fatimah mempunyai sebabnya tersendiri.

Buku ini menarik bagi dan boleh dijadikan pedoman untuk sesiapa yang sedang mencari jodoh. Semoga perkongsian beliau boleh dijadikan iktibar dalam kita menentukan milik siapakah cinta kita.

p/s Understand the story, there is some tips how to approach muslimat... kalu nak personal advice pun boleh; cara-cara meragut hati wanita =)

Saturday, July 18, 2009

High Speed Broadband

Alhamdulillah, kursus induksi HSBB batch 8 telah berakhir.

Ia sepatutnya menjadi kursus tiga minggu atau 21 hari tetapi bagi batch kami hanya 18hari sahaja.(Tamrin pernah sertai paling lama pun seminggu)

Joining Telekom Malaysia is something out of my head. Mungkin the survival factor which lead to such desicion.

I'm suppose to report myself tommorrow, but still I dont start working yet.... there is another 6- 12 months training... techinical training. Class n studying seem as I continue for my master. Subjects such communication and data network is just part of the course.

The different is I will be studying the current technology of HSBB or High Speed Broadband and within 10 years, we have to prepare TM next technology or the future tech of communication.

The intake of TM's new staff were thousands. Althought only by contracts, these new intake will replace almost 48 percent of TM staff which will retire by the year 2012.
So HSBB's staff could consider as the second generation of TM supporting its human capital and resources.

Hmm.. commenting salary, it is not as prosper as oil n gas companies such Pertonas etc. For me it is too late to change my specialization as I focusing on communication such as fiber optic. Oh...by the way my job is on FTTH or Fiber To The Home.

HSBB project is very crucial to TM since two of its top revenue contributors Celcom and TMI( Axiata) separate and leave TM. HSBB is a TM survival project and we are responsible to ensure it successes.

p/s After this no more copper wire (Streamyx) but FTTH fiber to the home with minimun of 10 Mbps! Ada percaya? Hmmm... kita tunggu.