Monday, May 31, 2010

Suvival Muslim

Suatu ketika dahulu, Perancis & Amerika Syarikat cuba menakluk Vietnam dimana peperangan berlanjutan puluhan tahun. Namun demikian semua usaha untuk menyekat kuasa komunis di negara itu gagal dan akhirnya negara penakluk terpaksa pulang kembali ke negara mereka dengan tamparan yang sungguh memalukan.

Bagaimana tentera Vietnam dapat menewaskan tentera barat?

Jawapannya "source of resource" iaitu dari makanan sehinggalah jumlah peluru dan senjata + bilangan rakyat yang bangkit yang menyertai tentera komunis.

Taktik peperangan pula yang digunakan adalah sistem gerilla iaitu serang, musnah dan lari.

Persoalannya, menggunakan cara dan taktik yang sama kenapa jatuhnya Kesultanan Melayu kepada British.

Hmm... yang paling nyata sekali senjata yang digunakan British adalah lebih canggih (ketika itu peluru + meriam vs parang+ lembing+ keris).

Kedua, British menggunakan orang tempatan untuk sabotaj dan melemahkan sistem pentabiran dan pertahanan Kesultanan Melayu ketika itu.

Cara yang sama digunakan di Iraq dan Afganistan, dimana Amerika menggunakan penentang seperti golongan syiah & pakatan utara untuk melemahkan pertahanan Saddam Hussein dan Taliban. Kemudian menggunakan "air strike" memusnahkan sebarang bentuk kubu termasuklah penginapan individu-individu( pimpinan) yang disyaki sebagai master mind.

Berbeza dengan Vietnam, mereka tidak semoden Amerika ketika itu. Namun Soviet Union telah membekalkan bukan hanya latihan ketenteraan tetapi senjata automatik sehinggalah jet-jet pejuang. Ini serba sedikit memberi cegah rintang kepada Vietnam daripada ditakluk Amerika.

Gerilla Iraq & Afganistan pula menggunakan semurah-murah teknologi seperti sisa peluru artilari Amerika yang tidak meletup untuk dijadikan perangkap untuk meletup kereta kebal atau infantri musuh.

Serang hendap taktik gerila ini membunuh musuh demi musuh dan propanda dihebahkan didapati berkesan untuk melemahkan semangat juang musuh.

Kesannya sehingga hari ini, kedua-dua negara masih tidak stabil walaupun dikatakan ditakluk oleh Amerika Syarikat.

Disebabkan "source of resource", penentangan terhadap penakluk dapat diteruskan sehingga hari ini.

Menyedari hakikat ini Israel menyekat "source of resource" yang diperlukan oleh rakyat Palestin supaya tidak bangkit untuk menentangnya mereka. Apa yang dikhuatiri tindakan Israel tersebut lebih kepada penghapusan etnik. Pada masa yang sama menggunakan pengaruh diplomatik, mereka menyekat kemasukan bantuan dari sempadan Mesir seterusnya memaksa terowong- terowong bawah tanah dibina secara rahsia oleh rakyat Palestin. Ini bertujuan untuk menyeludup barang-barang keperluan terutama ubat-ubatan dan makanan.

Beberapa hari yang lepas serangan Israel ke atas rombongan kapal bantuan telah mengorbankan puluhan nyawa sukarelawan. Tragedi ini menbangkitkan kemarahan seluruh di seluruh dunia Islam. Persoalan siapa yang menghukum Israel atas jenayah yang dilakukannya???

Sungguh sayang kita sudah tiada Khalifah Islam yang sepatutnya memainkan peranan dalam melibatkan isu Palestin ini dimana ia merupakan isu antarabangsa yang tidak boleh diselesaikan oleh mana-mana negara yang mengaku ianya negara Islam.

Bagi saya sistem khalifah Islam merupakan source of survival yang paling penting bagi umat Islam pada hari ini. Tanpanya kita adalah umpama buih-buih yang lemah dilaut yang luas tanpa naungan.....

No comments: