Tuesday, June 15, 2010

The Return Of JI

Jemaah Islamiah, dianggap sebuah kumpulan teroris dan merupakan cawangan Al Qaeda di rantau ini. Dalam sebuah journal Asia Defence & Diplomacy (AD&D), diceritakan JI mempunyai 3mantiqi atau unit yang mempunyai peranan masing-masing. Ia bergerak di Indonesia, Singapura, Malaysia, Thailand, Filipina etc.

Uniknya, sehingga hari ini, Malaysia merupakan satu-satu negara yang belum pernah kedengaran letupan bom hasil buatan JI. Berbeza dengan Indonesia dan Thailand, serangan dibuat dengan mensasarkan orang kafir yang terlibat dengan pembunuhan umat Islam seperti Australia dan Thai yang terlibat dengan negara berkonlflik ( Iraq, Afganistan, Pattani dll).

Dalam Journal AD&D, fungsi mantiqi JI di Malaysia adalah untuk mengumpul dana. Dan terbaru dari media melaporkan IPT menjadi sasaran untuk rekrut anggota baru JI.

Di Malaysia, sesiapa yang dianggap anggota JI, mereka akan diISAkan dan dipenjara beberapa tahun sehingga tiada bukti dapat disabitkan dengan aktiviti teroris. Itupun jika Menteri Dalam Negeri benar-benar yakin untuk melepaskan mereka.

Sewaktu saya menjadi pimpinan kesatuan pelajar di kampus, seorang Special Branch (SB)datang menyoal-siasat kami. Polisi universiti ketika itu adalah untuk tidak mewujudkan suasana sebagaimana IPTA yang ada pro aspirasi dan sebagainya. HEP kami juga jelas tidak berkerjasama dengan SB yang ingin profile pelajar. HEP lebih protective isu dalaman kampus. Maka SB mendekati kami untuk memperolehi maklumat pelajar.

Sungguh kelakar apabila mengingati peristiwa soal-siasat itu,dimana saya pada waktu itu ditemani oleh Timbalan Presiden 2, saudara Shamugan.

"Kita terus terang, korang ni pro siapa?" provokasi pertama SB pada awal perbualan.

"Basically kami lebih kepada berpersatuan dan bukannya badan politik sebagaimana IPTA." suara saya berubah, gementar pertama kali bersama SB.

"Kami hanya membincangkan isu dalaman kampus yang hanya melibatkan kebajikan pelajar sahaja bukan polisi kerajaan mahupun isu-isu pembangkang." tambah shamugan yang lebih tenang. (Dalam hati, nasib baik bawa tim pres 2 huhuhuhu).

"Contoh isu?"

"Kenaikan kadar sewa penginapan daripada RM210 kepada RM280."

"Tidak bagus itu, ini boleh menimbulkan demo(tidak puas hati) ni. Macam mana dengan isu perkauman?" tanya Special Branch seolah-olah wujud permasalahan di sini.

"Masing-masing buat hal masing-masing- belajar, berpersatuan, ada yang enjoy... biasalah student." jawab Shamugan.

"Kami polis memang pantau semua isu... gerila Tamil (Sri Lanka), dimana ada mungkin menyusup ke negara ini atas pas pelajar." SB itu cuba provokasi Shamugan.

Shamugan terdiam, mungkin terkejut dengan kata-kata SB itu. Saya pula menahan kertawa- ini dah mengarut!!!

Terus-terang saya tahu keadaan foreign student di kampus ini, semuanya dari middle east, tiada dari Sri Lanka...

Di akhir pertemuan, kami sepenuh berkerjasama dengan SB dengan memberi profile pimpinan pelajar di kampus.... malang buat SB itu softcopy itu tidak dapat dibuka kerana SB tersebut tiada program yang sesuai untuk membuka file itu. ( Rasanya bukan semua orang celik IT)...= )

Komen saya tentang pergerakan Jemaah Islamiah di kalangan pelajar foreigner mungkin ada, tetapi rekrut pelajar kita, teorinnya rasanya keterlaluan dan tidak logik. Sebab itu sehingga hari mana ada suicide bomber di Malaysia...

No comments: