Saturday, April 19, 2008

Warna-warna Pelangi


Saya sempat menghadiri di sebuah prorgam PEWARIS sebuah NGO yang diadakan di sebuah taman di Bangi. Program berbentuk motivasi kali ini bertujuan membentuk anak-anak yang menghormatidan patuh kepada kedua-dua ibubapa sebagaimana digariskan oleh Islam.


Motivasi tersebut diberi oleh seorang Prof. Madya. Beliau memulaipenyampaiannya dengan mengemukan contoh-contoh saintifk seperti kejadian manusia dari sperma sehinggalah kelahiran bayi. Pendekatannya melalui multimedia agak menarik, tetapi masalahnya penonton adalah di peringkat umur yang tidak sesuai. Contoh kelahiran bayi melalui pembedahan perut ibu ditunjuk kepada khayalak kanak-kanakyang dibawah umur 12 tahun. Bagi saya ia agak keterlaluan.


Namun apa yang berlaku di luar jangkaan, seorang fasilitator hampir pengsankerana phobia melihat darah, program tersebut kecoh sementara.Kanak-kanak pula respon berlainan kerana mereka di peringkat belum memahami perkara-perkara begitu, seolah-olah tiada respon pun.
Tujuan asal presentasi multimedia tersebut umtuk menimbulkanperasaan perhargaan akan pergorbanan seorang ibu. Tetapi dalam hal ini mungkin kita terlalu ghairah untuk menimbulkan kesedaran sehingga lupa bahawa kesannya berlainan jika metod tersebut diaplikasi terhadap kanak-kanak berbanding remaja.


Setiap pendekatan dakwah kita mestilah bijak, sesuai dengan peringkat umur dan berkesan. Mendidik kanak-kanak adalah satu cabaran dimana kita harus merendahkan peringkat kita ke tahap pemikiran mereka supaya mereka dapat memahami apa yang dicuba disampaikan.

p/s anak-anak umpama kain putih, bagaimana kita merwarnainya begitulah jadinya,
namuan kita mestilah realistik supaya coraknya berkesan dan mampu bertahan
dilanda arus perubahan

Wednesday, April 16, 2008

Error Notification



There has been a few spelling error and presentation of sentence in the past published blog entries where this author regret but on the same time appreciate all the comments given. As in state of learning, this blogger will try his best to improve all his entries. Thanks to all for those who has given the support from the beginning until now.

Sunday, April 13, 2008

GEAR ONE!!!!


Semasa menghadiri AGM DPPKS, saya dimaklumkan saya hanyalah jemputan sahaja, sebaik sahaja pendaftaran rupa-rupa jadi perwakilan cawangan! Oleh kerana ini adalah pertama kali saya menghadir program setelah tamat kolej, jadi saya memilih untuk memerhati.Walaupun saya mempunyai pandangan saya dalam beberapa isu, namun dapat merasakan diri ini amat kerdil dan masih belum bersedia untuk berbahas.

Contoh isu pengharaman kilang arak di Selangor, merupakan satu isu yang besar. Pendapat saya, walaupun kita memerintah, namun kita masih minoriti dan belum tentu rakyat akan bersetuju dengan tindakan kita yang keras sebegini. Jika kita majoriti dari sudut bilangan DUN dan rakyat Islam( 80% yang menyokong PAS ) seperti di Kelantan maka pengharamannya boleh dilaksanakan.


Sebalinya kerajaan Kelantan tidak terus menghalang penjualan arak terhadap orang kafir tetapi sebalik mengawal penjualan melalui Akta-akta kerajaan Negeri. Bukan itu sahaja, cukai tetap dikenakan tetapi hasil cukai tersebut diasingkan dan digunakan untuk non muslim.Sekarang adalah masa penilaian rakyat terhadap kita, terhadap PAS!

Setiap pendekatan yang diambil haruslah berhemah, bijak dan boleh menyelesaikan masalah atau mengurangkannya.

Arak adalah haram bagi muslim, tetapi tidak bagai Cina, India dan lain-lain kaum. Arak adalah sebahagian dari budaya mereka, digunakan ketika sambutan-sambutan dan lain-lain.Sebagai pemerintah muslim kita harus menghormati budaya mereka. Pada masa yang sama mereka non muslim juga harus tahu bahawa akan sensiftif isu arak bagi muslim! Sikap bertolak-ansur dalam isu ini harus diutamakan dan jalan penyelesaian yang menguntungkan kedua-dua pihak perlu diambil...

Satu yang pasti kita ada contoh kerajaan Islam di Kelantan, oleh itu pendekatan-pendekatandi sana boleh dimodifikasi dan diaplikasi di Selangor.

p/s Ni baru gear satu, saya budak baru belajar dan tak tahu!


Monday, March 31, 2008

Bertemu Syeikh Muhammad


Ketika menghadiri satu majlis perkahwinan di ampang, saya berpeluang untuk mengikuti ceramah Syeikh Muhammad, seorang ulamak dari Mesir.Beliau sedang melanjutkan pengajiannya di Malaysia di salah satu IPTA. Umur dalam 30an dan hanya fasih bercakap KELATE sahaja, yang dipelajari di Al Azhar bersama pelajar-pelajar Kelantan selama 9 bulan.
Jadi penyampaian beliau hanya dalam bahasa Kelate jah...

Suatu kisah yang ingin saya berkongsi dalam ceramah beliau ialah kisah Abu Jahal yang merupakan bapa saudara nabi jujungan kita.

Diceritakan dalam setiap hari Abu Jahal di dalam alam satu lagi, dia diseksa Allah SWT seteruk-teruknya, kecuali pada hari Isnin.

Apakah istimewa hari tersebut sehingga manusia yang sebegini, kita tahu merupakan musuh Islam yang suatu ketika menzalimi umat Islam seteruk-teruknya.

Diceritakan setelah dibawa berita kelahiran Rasulullah kepadanya, Abu Jahal merupakan orangyang paling gembira sekali. Lalu dimerdekakan hamba perempuan yang membawa berita tersebut.Oleh kerana kelahiran Rasullulan SAW, disambutannya dengan kebaikan maka Allah SWT membebaskanAbu Jaha' dari azabNya.

Syeikh Muhammad juga berkongsi, bagaimana di Mesir, umat Islam di sana menyambut kelahirannya dengan berpuasa sunat pada hari itu.

Mengenai sambutan Malidur Rasul, ia adalah bidaah Hasanah iaitu sebaik-baik bidaah. Ini melihat kepada keperluan kita menyambut hari tersebut sebagai mengingati perjuangan dan pergorbanan baginda, apatah lagi ketokohan baginda sebagai peminpin Islam yang teragung.

Jika tiada, pasti kita khusus golongan muda akan melupai akan Rasulullah SAW kerana pada ini,kita menyambut berbagai-bagai sambutan seperti Tahun Baru, Valentine dan lain-lain yang berteraskan keseronokan dan hawa nafsu. Tambahan lagi dengan banyak icon-icon pujaan dari barat sudah pasti menenggelami tokoh-tokoh Islam kita....

Tidak perlulah pembaziran tetapi hanya berpatutan akan sambutan ini dan berpuasa juga adalah suatu baik juga.

Friday, March 28, 2008

THE Ending of The Story


Ketika cuti pilihanraya baru-baru, saya diziarahi oleh pakcik serta keluarganya di rumah kami di Banggol. Di kesempatan itu saya menegur-sapa anak sepupu saya yang baru berusia empat tahun. Berbual dengan kanak-kanak memang mengasyikan terutama kita asyik mengujinya dengan soalan-soalan yang membina "critical thinking".

Apabila letih melayannya, saya hilang ayat membuat perbualan kami terhenti sebentar.

Ika atau Zulaikha mengambil kesempatan melihat kiri dan kanan. Lalu bertanya akan saya satu soalan yang tidak pernah terdetik di fikiran,

" Abang, mana ayah abang?"

............. saya tersentak dan diam sementara kerana tidak tahu bagaimana hendak menjawab tersebut, lalu mengambil nafas yang panjang.

" Ayah abang dah mati"

"Oooo" jawab Zulaikha. Lalu dia menanyakan saya soalan kedua,

" Kalu begitu, abang nak berkongsi ayah dengan saya?"

" Boleh ke? Ika ok ke?"

" Boleh ika tak kisah."

Saya tersenyum dengan jawapan Ika. Alangkah baik kalu semua orang sudi berkongsi
kebahagian atau kegembiraan mereka bersama kita. Tapi saya kita kadang-kala pentingkan diri sendiri dan leka sehingga lupa akan tidak semua orang senang di luar sana terutama keluarga atau sahabat kita. ....

p/s be more caring so that other people will do the same to u... anyway nobody can live alone!

Thursday, January 3, 2008

Istikharah

CARA MELAKUKAN ISTIKHARAH :- http://www.ilmudanu lamak.blogspot. com/

Soalan; bagaimana cara yang betul untuk saya melakukan solat Istikharah? Apakah bentuk pertunjuk atau tanda yang akan saya perolehi selepas melakukan Istikharah?

Jawapan;
Bismillahirrahmanir rahim,
1. Solat Istikharah bermaksud solat untuk memohon kepada Allah agar ditunjukkan keputusan yang terbaik dalam urusan kita yang menimbulkan keraguan dan kesangsian. Solat ini disunatkan –sekalipun bagi urusan-urusan kecil atau remeh- berdasarkan hadis Jabir bin ‘Abdullah r.a. yang menceritakan;

“Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam segala urusan kami seperti beliau mengajar surah al-Quran. Baginda bersabda; ‘Apabila seseorang kamu hendak mengerjakan sesuatu, hendaklah ia bersolat dua rakaat yang bukan solat fardhu. Setelah selesai solat, hendaklah ia membaca doa;

اللَّهُمَّ إنِّي أسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ، وأسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ، وَأسألُكَ مِنْ فَضْلِكَ العَظِيمِ، فإنَّكَ تَقْدِرُ ولا أَقْدِرُ، وَتَعْلَمُ وَلا أعْلَمُ، وأنْتَ عَلاَّمُ الغُيُوبِ، اللَّهُمَّ إنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أنَّ هَذَا الأمْرَ خَيْرٌ لي فِي دِيني وَمَعاشِي وَعاقِبَةِ أمْرِي، وَعَاجلِ أمْرِي وآجِلِهِ، فاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لي، ثُم بارِكْ لي فِيهِ، وَإنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أنَّ هَذَا الأمْرَ شَرٌّ لي في دِينِي وَمعاشِي وَعاقِبَةِ أمْرِي، وَعاجِلِ أمْرِي وآجِلِهِ، فاصْرِفْهُ عَنِّي، وَاقْدُرْ لِيَ الخَيْرَ حَيْثُ كانَ ثُمَّ رَضِّنِي بِهِ

“Ya Allah! Aku memohon petunjuk dariMu tentang mana yang lebih baik untukku berdasarkan ilmuMu, dan aku memohon kekuatan dariMu untukku dengan kudratMu serta aku memohon kepadaMu kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau maha tahu sedang aku tidak mengetahui. Engkaulah Tuhan yang maha mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah! Jika Engkau mengetahui urusan ini baik untukku bagi agamaku, kehidupanku, bagi natijah urusanku serta bagi urusanku masa kini dan masa depan, maka takdirkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku, kemudian berkatilah aku dalam melakukannya. Dan jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk untukku bagi agamaku, kehidupanku, bagi natijah urusanku serta bagi urusanku masa kini dan masa depan, maka palingkanlah ia dariku dan takdirkanlah untukku apa yang baik bagiku dalam apa rupa sekalipun, kemudian jadikanlah hatiku redha menerimanya”.

Hendaklah ia menyebutkan hajatnya (semasa berdoa itu).(Riwayat Imam al-Bukhari).

2. Sunat Istikharah hanyalah bagi urusan-urusan yang harus sahaja seperti perkahwinan, perniagaan, untuk keluar bermusafir dan sebagainya. Adapun urusan-urusan yang diwajibkan atau disunatkan Syarak, tidak perlu lagi istikharah kerana ia disuruh oleh Syarak. Setiap yang disuruh oleh syarak adalah jelas baik tanpa syak lagi. Begitu juga dengan urusan-urusan yang diharamkan oleh Syarak atau dimakruhkan, tidak perlu lagi diistikharahkan kerana ia dilarang oleh Syarak dan setiap yang dilarang oleh Syarak adalah buruk tanpa syak lagi.

3. Solat istikharah boleh dilakukan pada bila-bila masa yang dikehendaki asalkan bukan di dalam waktu-waktu yang dilarang solat sunat.

4. Menurut Imam Nawawi dalam kitabnya al-Azkar; disunatkan membaca dalam rakaat pertama –selepas al-Fatihah- surah al-Kafirun dan dalam rakaat kedua surah al-Ikhlas. Jika seseorang tidak dapat mengerjakan solat, bolehlah ia beristikharah dengan membaca doa sahaja. Semasa berdoa, sunat dimulakan dengan memuji Allah dan mengucapkan selawat serta salam kepada Nabi Muhammad dan begitu juga apabila selesai berdoa.

5. Adapun tanda-tanda atau petunjuk Allah selepas istikharah ialah apa yang dirasai oleh hati. Selepas menunaikan solat dan berdoa kepada Allah sebagaimana tadi, hendaklah orang yang beristikharah itu melakukan apa yang hatinya berasa tenang dan yakin untuk melakukannya. Jika perlu diulangi, ulangilah istikharah itu. Ada ulamak menggalakkan Istikharah diulangi hingga tujuh kali berdasarkan hadis riwayat Imam Ibnu Sunni dari Anas r.a.; Rasulullah s.a.w. bersabda; “Jika kamu ingin melakukan suatu urusan, beristikharahlah kepada Tuhanmu tujuh kali. Kemudian lihatlah apa yang mula sampai kepada hati kamu. Sesungguhnya kebaikan ada padanya”. Namun hadis ini menurut ulamak hadis adalah lemah.

6. Satu perkara yang perlu diingat; ketika melakukan istikharah, hati hendaklah pasrah kepada Allah. Jangan melakukan istikharah dalam keadaan hati cenderung pada mana-mana keputusan kerana itu tanda kita tidak ikhlas dalam beristikharah kepada Allah. Berkata Imam Nawawi; “Sesudah istikharah hendaklah seseorang itu memilih apa yang hatinya berasa tenang/lapang untuk melakukannya. Janganlah ia berpegang dengan ketenangan hatinya yang terbit dari kehendak hawa nafsunya sebelum istikharah. Bahkan orang yang melakukan istikharah hendaklah ia meninggalkan pilihan sendiri, kerana kalau demikian bukanlah beristikharah kepada Allah namanya, tetapi beristikharah kepada nafsu sendiri. Kadang-kadang orang yang beristikharah itu tidak jujur/tidak ikhlas dalam istikharahnya dan dia tidak pasrah kepada ilmu dan qudrat Allah. Jika ia benar-benar jujur/ikhlas dalam istikharahnya, sudah tentu ia akan membebaskan hatinya dari upaya dan kekuatannya serta dari pilihannya sendiri (sebaliknya menyerahkan segala-galanya kepada Allah)”. (Rujuk; Nailul-Autar, jil. 3, hlm. 74).
Wallahu a’lam.

Rujukan;
1. al-Azkar, Imam Nawawi, Kitab al-Azkar Wa ad-Da’awat…, Bab al-Istikharah.2. at-Tajul Jami’, Syeikh Mnasur ‘Ali Nasif, jil. 1, hlm. 333.3. Nailul-Autar, Imam as-Syaukani, jil. 3, hlm. 74.

Wednesday, January 2, 2008

Suatu kisah

Dalam sebuah forum yg diadakan di sebuah IPTS, seorang peserta mengemukan satu permintaan yang gempak kepada salah seorang panel yang bergelar ustaz.

" I want GOD to talk to me!!!"

Kalau dipintanya" I want to talk to God", jika saya berada di situ maka saya akan jawab " you talk lah..."

Tetapi permintaannya agak melampau, dia mahu Allah bertegur sapa dengannya...WOW. Saya kaku kerana tidak tahu bagaimana melayan soalan itu.

Namun demikian panel tersebut tidak gelabah memberi respon , sebalik menceritakan suatu kisah..

Di suatu zaman, ulama tersohor ketika itu ialah Syeikh Najib bersama-sama Sultannya dalam suatu majlis. Apabila syeikh itu berdoa, rakyat jelata khuysuk menuruti doanya dan mengaminkannya, berlainan dengan baginda sultan hanya melihat dan siap tertawa akan perilaku ulama dan rakyat jelatanya.

Apabila selesai berdoa, Syeikh Najib bertanya kepada Sultan tentang sikap baginda sebentar tadi. Lalu sultan itu mempersoalkan ketaksuban orang-orang yang berdoa yang belum tentu doa mereka diterima tuhan.

Bertambah riak, sultan itu mencabar akan ulama warak itu supaya meminta kepada Allah SWT meminta mematikan baginda dalam masa 5 minit.

Lalu dengan telus berdoalah Syeikh Najib. Setelah mengaminkannya, tuan Syeikh itu memula pengiraan dan detik demi detik berlalu.

So what happen next?

Seorang ulamak yang tinggi ilmu, banyak beramal, baik akhlaknya sudah tentu doanya dimakbulkan oleh Allah SWT........tapi tidak kali ini.Sultan itu tidak mati.

Maka sultan tersenyum dengan menyindir akan ulama itu," Kenapa beta tidak mangkat lagi?"Maka dijawablah ulama yang bijaksana itu, jika tuhan menerima kehendak itu, maka bukan sifat bagi tuhan untuk mematuhi apa yang dikehendaki oleh mahkluk Nya....

Maka jawapan kepada permintaan perserta tadi,

"It is not the God, if it fulfill the wish of man!!!